fbpx

PRN: UMNO Kedah serah pucuk pimpinan putuskan calon MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir pada sidang akhbar di Bangunan Tunku di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – UMNO Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan tentang calon Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, seperti ditegaskan pucuk pimpinan parti sebelum ini, UMNO Kedah akan menyokong sepenuhnya siapa juga yang dipilih sebagai Menteri Besar nanti.

“Kita serah kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan soal Menteri Besar kalau BN PH yang jadi kerajaan, sebab itu keputusan pucuk pimpinan. Boleh bagi cadangan (Menteri Besar) tetapi pucuk pimpinan yang putuskan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Negeri, di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah calon Menteri Besar itu akan dipilih daripada parti yang meraih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak pada PRN, kata Mahdzir, sebarang kemungkinan akan berlaku berdasarkan penilaian daripada pucuk pimpinan parti dalam gabungan itu.

Dalam perkembangan lain, katanya, UMNO Kedah senada dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ahli UMNO yang tidak mengundi parti itu dalam PRN merupakan pengkhianat.

Sementara itu, Mahdzir turut mengesahkan terdapat usaha untuk menggugat UMNO yang akhirnya berjaya dihalang oleh Anwar.

“Politik kebencian jika dibiarkan berleluasa dalam masyarakat akan memberi kesan yang sangat negatif dan akhirnya boleh menimbulkan suasana tidak sihat dalam negara.

“Saya mahu mengelakkan ini menjadi sebahagian daripada budaya kita, itu bukan budaya kita, untuk bertindak seperti itu tidak mengikut standard kita dalam politik dalam negara demokrasi,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI