fbpx

Kepala air: Setiap malam kami solat hajat untuk Fatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengalihkan sisa kayu di bawah Jambatan Kampung Tayor, Kemaman sewaktu operasi mencari mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar, Fatin (gambar kecil) baru-baru ini.

KUANTAN – Keluarga mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar di Kemaman, Terengganu menaruh harapan tinggi mangsa terakhir kejadian malang itu, Putri Nor Fatin Karim, 14, ditemui seterusnya dapat dikebumikan bersama yang lain.

Biarpun telah 17 hari kejadian menyayat hati yang meragut nyawa 10 individu itu, namun bapa saudara mangsa, Mohd. Ismail Eiyi, 36, tetap optimis anak kakaknya ditemui meskipun operasi pencarian kini dilakukan pada skala kecil.

Menurut Mohd. Ismail, setiap malam mereka sekeluarga akan mengadakan solat hajat agar usaha pencarian Putri Nor Fatin dipermudahkan.

“Ketika ini, operasi mencari masih berjalan pada skala kecil-kecilan sejak 9 Julai lalu dan belum ada perkembangan lagi,” katanya di Felda Lepar Hilir di sini semalam.

Menurutnya, setiap hari ahli keluarga bergilir-gilir ke Jeram Mawar bagi meninjau operasi pencarian.

PUTRI NOR FATIN

Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, Siti Aisyah Eiyi, 39, berkata, ibu bapanya, Eiyi Johari, 60, dan Halimah Kasim, 63, kini sudah beransur pulih setelah hilang selera makan kerana sedih kehilangan anak, menantu dan tujuh cucu mereka.

“Mereka masih teringatkan anak cucu mereka yang telah tiada dan memang ambil masa untuk pulih,” katanya.

Siti Aisyah berkata, mereka sekeluarga berharap Putri Nor Fatin yang merupakan anak ketiga dari tujuh beradik itu dapat disemadikan bersama ahli ke­luarganya yang lain.

Dalam kejadian kepala air Jeram Mawar, lapan sekeluarga termasuk pasangan suami isteri, zizah, 40, dan Karim Abdullah, 39, telah ditemui dan selamat dikebumikan dalam satu kubur pada 5 Julai lalu.

Jenazah kelapan, Putri Alleya Maisarah, 16, pula dikebumikan pada keesokan harinya, manakala mangsa kesembilan iaitu tunang kepada anak sulung Azizah iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, selamat dikebumikan pada 8 Julai lalu di Batu Pahat, Johor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI