fbpx

Puluhan ribu pindah, Talim hampiri selatan China, Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT-BOT berlabuh di kawasan selamat di Tseun Wan semasa Taufan Talim menuju Hong Kong kelmarin. – AFP

BEIJING  – Berpuluh-puluh ribu orang dipindahkan di selatan China dan Vietnam hari ini, manakala puluhan penerbangan turut dibatalkan ketika Taufan Talim menuju ke arah  daratan.

Angin kencang, paras laut meningkat dan hujan lebat diramal menghentam pesisir pantai selatan dari Guangdong hingga ke wilayah Hainan apabila Talim tiba di daratan malam ini, kata Pentadbiran Meteorologi China.

Pihak berkuasa di Vietnam pula berkata, mereka bersiap sedia memindahkan sekitar 30,000 orang dari kawasan yang diramal paling teruk terjejas di wilayah Quang Ninh dan Hai Phong bermula tengah hari ini.

“Ribut ini mungkin antara  terbesar yang melanda Teluk Tonkin dalam masa beberapa tahun,” kata jawatankuasa tindak balas bencana dalam satu kenyataan secara online.

Dalam perkembangan berkaitan, pelancong dinasihatkan keluar dari pulau yang terletak  jauh dari tanah besar dan menjadualkan semula perkhidmatan untuk mengelak Taufan Talim.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang dipindahkan di bandar Yunfu, wilayah Guangdong di selatan China, lapor akhbar Southern Daily.

Setakat pukul 2 petang ini (waktu Malaysia), Taufan Talim berada pada jarak  280 kilometer  ke barat daya Hong Kong. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI