fbpx

‘I love my hubby’, Masya jawab status dengan Idris Woo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA MASHITAH masih mahu membiarkan orang ramai berteka-teki tentang status hubungannya dengan lelaki bernama Idris Woo.

PETALING JAYA – “Buat masa sekarang, biarlah begini. Biarlah rahsia.”

Demikian tegas penyanyi Masya Masyitah tentang kesahihan sama ada dirinya sudah bernikah dengan seorang lelaki bernama Idris Woo.

Kata pemilik nama sebenar, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff itu, belum tiba waktunya sesuai untuk dia bercakap tentang perihal terbabit atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Biarlah orang nak berteka-teki tentang kehidupan saya. Dengan siapa saya menjalin hubungan dan sebagainya.

“Sudah sampai waktu sesuai nanti, saya sendiri akan bercakap tentang status saya sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menerusi aplikasi WhatsApp, status Masya sekarang tertulis frasa romantis berbunyi: “I love my hubby (saya sayang suami saya).”

Sejak 2021, hubungan antara Masya dengan Idris Woo dikatakan sudah ke jenjang pelamin namun masih menjadi ‘misteri’ dalam kalangan khalayak sehingga hari ini.

Sementara itu, vakum daripada sebarang perkongsian muzik sejak kebelangan ini, Masya mendedahkan pada satu tahap, terlintas di fikirannya untuk tidak lagi berkecimpung dalam dunia seni.

Alasan yang diberikan adalah kerana, kecaman yang diterima daripada mulut netizen kadang-kadang ‘membunuh’ dan membuatkan motivasinya bergelar pemuzik semakin pudar.

“Kadang-kadang saya sendiri fikir nak bersara daripada terlibat dalam dunia seni sebab mulut orang.

“Sakit membaca komen-komen netizen, orang (mangsa kecaman) yang berdepan dengan semua itu sahaja yang tahu.

“Tapi, sekarang ini pun saya memang berehat seketika daripada dunia seni. Memang sudah tidak menyanyi sangat. Ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan saya seperti keluarga dan perniagaan,” katanya lagi.

Masya yang cukup terkenal menerusi lagu Halimunan sering menjadi mangsa kecaman netizen disebabkan imej muslimah yang disifatkan segelintir netizen agak melampau.

Selepas berkongsi foto dirinya menggayakan pakaian ala-ala pelajar Jepun yang menampakkan kulit paha, Masya sekali lagi menjadi sorotan kecaman netizen apabila berkongsi untaian foto dirinya bermain badminton mengenakan hoodie memperlihatkan bahagian leher kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI