fbpx

Syukur dapat jadi wali anak, hendak jaga ibu – Ismahalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismahalil (tengah) bersama isteri (kiri) dan anaknya selepas keluar dari Mahkamah Tinggi hari ini. -Foto M.FIRDAUS M.JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah bersyukur kerana hajatnya untuk menjadi wali kepada anak sulung perempuan, Saidatul Nadia akhirnya tercapai.

Selain itu, Ismahalil, 50,  juga berhasrat untuk bertemu dengan ibunya, Salbiah Mat Noor berusia 88 tahun yang sedang sakit selepas dibebaskan oleh mahkamah hari ini.

“Anak saya nak bernikah pada bulan 10 (Oktober). Jadi alhamdulilah saya dapat menjadi wali pada majlis pernikahannya nanti.

“Emak saya sedang sakit dan saya hendak berjumpa dengan dia dulu nanti,” katanya ketika ditemui sejurus selepas dilepas dan dibebaskan.

Dalam pada itu, Ismahalil turut memberitahu, dia akan berkongsi cerita mengenai pengalaman suka duka sepanjang dua tahun sebagai tahanan di penjara Sungai Buloh tidak lama lagi.

“Sepanjang dua tahun ini banyak beri pengajaran buat saya, banyak yang saya belajar dan tidak mungkin untuk saya bercakap sekarang dalam tempoh yang singkat.

“Bagi saya sedikit masa lagi dan saya akan kongsikan kepada semua tentang apa yang saya lalui dalam penjara,” katanya.

Sementara itu, Saidatul Nadiah, 27, ketika ditemui pula berkata, pembebasan bapanya hari ini merupakan hadiah bermaknya buatnya.

“Ini hadiah bermakna buat saya sebab saya bakal berkahwin tidak lama lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Ismahalil menangis dan melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas `Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 50, didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pada pukul 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati.

Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI