fbpx

Selangor, KPKT urus projek ‘perumahan sakit’ Morib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar selepas majlis pecah tanah Hub Logistik Antarabangsa Shah Alam, Seksyen 16 di sini hari ini. -Foto AMIR KHALID/KOSMO!

SHAH ALAM – Isu projek perumahan terbengkalai di Morib, Kuala Langat dekat sini telah dibawa untuk campur tangan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek perumahan terbengkalai ini merupakan salah satu isu yang perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Itu memang sedang diteliti oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan kita sedang mengambil beberapa tindakan yang agresif.

“Kita tak banyak projek sebegitu, (projek perumahan) Morib adalah salah satu yang besar. Jadi saya akan minta pihak KPKT terutamanya memasukkan projek itu sebagai yang boleh diselesaikan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah Hub Logistik Antarabangsa Shah Alam di Seksyen 16, di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan impian kira-kira 500 pembeli projek perumahan di Morib di sini yang kebanyakan golongan B40 memiliki rumah sendiri terus tertangguh apabila gagal disiapkan sejak tiga tahun lalu.

Lebih malang lagi, satu daripada empat projek perumahan iaitu jenis apartmen setinggi 17 tingkat yang mempunyai 220 unit dika­tegorikan sebagai projek sakit.

Menurut Amirudin, KPKT khususnya menerusi Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir banyak memberikan perhatian terhadap projek terbengkalai.

Ujarnya, dalam tempoh sehingga tujuh bulan ini KPKT telah menyelesaikan lapan projek yang dianggarkan berbillion ringgit.

“Kita memang sudah angkat dan dalam perhatian Yb Akmal yang banyak angkat isu perumahan terbengkalai,” katanya.

Ketika ditanya adakah situasi projek dikategorikan sakit ini memberikan kesan kepada jenama Rumah Selangorku, Amirudin menjelaskan, ia merupakan polisi dan dasar bagi semua projek perumahan perlu meletakkan Rumah Selangor atau kos rendah.

“Memanglah Rumah Selangorku kerajaan negeri yang buat, tetapi dasar kerajaan (Persekutuan) yang mengarahkan untuk buat.

“Jadi, itu kena laksanakan dan paksa mereka, tetapi kalau kita paksa akhirnya dia gulung, yang rugi adalah semua. Jadi, sebab itu penyelamat kena datang bantu dan sebagai ahli perniagaan juga, saya tahu mereka juga tidak mahu rugi.

“Saya tahu dan faham isu tersebut, kita tengok bagaimana hendak
menyelesaikannya secara menyeluruh. Saya rasa ini yang terbaik kalau kita ada campur tangan bersama dengan KPKT kerana sebahagian dasar, undang-undang ada pada Kerajaan Persekutuan,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI