IPOH – Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah resort pelancongan di Tambun pada pukul 1.28 pagi tadi.
Mangsa yang terperangkap merupakan lelaki berusia 39 tahun dan wanita dipercayai pasangannya berusia 32 tahun.
Difahamkan, tanah runtuh itu menimpa villa didiami mangsa dan menyebabkan kedua-dua mereka terperangkap.
Setakat ini, operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
Jurucakap JBPM Perak berkata, pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dihantar ke lokasi kejadian untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa.
“Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan,” katanya. – K! ONLINE