fbpx

PRN: Manfaat perbezaan akar umbi PH,BN – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kiri) ketika hadir ke program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Perai, malam tadi. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perbezaan akar umbi yang kuat dalam kalangan parti-parti komponen di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu dimanfaatkan sebaiknya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini demikian kerana perbezaan itu mungkin menjadi faktor penentu buat gabungan itu dalam memastikan kemenangan menjadi milik mereka sepenuhnya.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, BN terutamanya UMNO mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan kampung atau pedalaman, DAP pula di kawasan bandar manakala partinya mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan campuran.

“Justeru, kalau PH-BN ada strategi ampuh dengan mengumpul kekuatan akar umbi masing-masing, saya percaya, pada masa depan, tiada siapa boleh ‘goncang’ (perpaduan) kita.

“Tapi, dengan syarat. Kita kena kerah seluruh tenaga (untuk menghadapi PRN ini),” katanya ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Seberang Jaya, dekat sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan gabungan dua ‘blok’ utama dalam Kerajaan Perpaduan itu khususnya di Pulau Pinang agak ‘luar biasa’ ketika ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI