fbpx

Seorang lagi mayat kanak-kanak tragedi bot karam Semporna ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Padli Ambit ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi bot karam. - Foto BOMBA

SEMPORNA – Operasi pencarian kanak-kanak hilang selepas bot dinaiki karam dalam kejadian di perairan Pulau Sipanggau ditamatkan ekoran mayat mangsa ditemui petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Padli Ambit, 7, ditemui di kawasan perairan Kampung Pukas pada pukul 2.48 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut membantu dalam melaksanakan operasi.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.29 petang.

“Mangsa yang hilang sejak Jumaat lalu berjaya ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi bot karam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi SAR disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Taman-Taman Sabah.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama tiga lagi individu karam di lokasi berkenaan dalam kejadian 14 Julai lalu.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Nasirin Katibin, 7, turut meninggal dunia manakala dua mangsa dewasa, Katibin Husni, 28, dan Ampit Gopek, 25, terselamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI