fbpx

MCMC nafi kerajaan arah sekat akaun TikTok Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan menerima arahan kerajaan untuk menyekat akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

MCMC dalam satu kenyataan media berkata, tiada sebarang arahan diterima MCMC berhubung perkara tersebut seperti yang dituduh oleh Muhammad Sanusi.

“Platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (community guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.

“Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti,” kata kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, tindakan pihak yang menyekat akaun media sosial TikTok miliknya sebagai penakut.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mengarahkan pihak berkenaan supaya akaun tersebut dikembalikan.

“Kalau hampa anak jantan, buka balik akaun TikTok saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI