fbpx

Lelaki saman kekasih selepas ‘kantoi’ sudah bersuami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu pasangan mengalami keretakan hubungan selepas si lelaki memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang didapati menipunya di New York. - Foto ArtMari

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki dari Queens, New York yang sering menghadiahkan barangan kemas kepada kekasihnya bertindak menyaman wanita itu kerana menipu selepas mengetahui bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Akhbar New York Post melaporkan menurut dokumen mahkamah bahawa lelaki dikenali sebagai Chaoran Li dari mula bertemu janji dengan Maio Tingli pada April 2022.

Dia bahkan pernah melutut di hadapan wanita tersebut untuk melamarnya selepas hanya sebulan berkenalan, katanya dalam tuntutan mahkamah Mahkamah Agung Queens.

Menjelang perkahwinan mereka, Chaoran, 31, menghadiahkan Tingli, 38, cincin pertunangan bernilai lebih AS$55,000, (RM248,930), sebentuk batu permata nilam berharga AS$6,200 (RM28,061) dan cincin batu delima berharga AS​​$6,300 (RM28,513). 

Dia menuntut semua barangan berharga itu dalam pemfailan undang-undang.

Chaoran juga dilaporkan memutuskan hubungannya dengan Tingli pada Mac lalu selepas mengetahui wanita berkenaan mempunyai suami dan dua anak.

Tuntutan itu, yang difailkan pada Rabu lalu, bagaimanapun tidak memperincikan bagaimana dia mengetahui tentang keluarga Tingli. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI