fbpx

KKD akan bincang dengan Perkeso bagi kebajikan pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri) ketika menziarahi Kan Seng di kediamannya di Kampar hari ini.

KAMPAR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan bersama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan beberapa pihak lain bagi membantu kebajikan wartawan sambilan di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pihak Perkeso berkaitan soal kebajikan para pengamal media.

“Pagi tadi (semalam), saya ada bercakap dengan Ketua Setiausaha kementerian untuk kita adakan perbincangan dengan pihak Perkeso dan pihak-pihak lain untuk kita teliti bantuan dari segi caruman yang boleh kita guna pakai terutamanya untuk para wartawan.

“Saya lihat sekiranya wartawan sambilan yang mengalami kemalangan sehingga tidak lagi boleh bekerja akan memakan proses lama dan kosnya agak tinggi.

“Saya juga difahamkan jika mereka mengalami kemalangan, mereka tidak akan ditampung oleh Perkeso. Jadi ada beberapa perkara kita nak teliti dan tambah baik untuk melengkapkan ekosistem bagi para pengamal media,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi bekas wartawan sambilan, Ng Kan Seng, 68, yang kini uzur di kediamannya di sini hari ini.

Menurut Fahmi, beliau mengharapkan perbincangan tersebut dapat dilaksanakan dalam kadar segera.

Sementara itu, Fahmi berkata, bantuan yang berbentuk barangan dan wang tunai diharapkan dapat meringankan beban Kan Seng yang kini uzur serta terpaksa menjaga abangnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Ujarnya, Kan Seng pernah berkhidmat sebagai wartawan bebas lebih 20 tahun di beberapa akhbar Cina seperti Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh, China Press dan Sin Chew Daily.

Sementara itu, Fahmi berkata, bantuan yang diberikan semalam merupakan sumbangan daripada Tabung Kasih Hawana yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI