fbpx

Bapa, anak tiri rogol remaja dalam kereta didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA beranak didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas kesalahan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Kluang, enam tahun lalu.

MUAR – Seorang warga emas dan anak tirinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta di Kluang, enam tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 77 dan 21 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 21 tahun bekerja sebagai penghantar barang terlebih dahulu merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang pada pukul 5.15 petang, 25 Mei 2017.

Selang sejam kemudian, lelaki warga emas itu pula didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sama di kawasan lapang di Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada pukul 6 petang, di dalam kereta dan hari yang sama.

Berikutan itu, dua beranak didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya mengenakan jaminan sebanyak RM12,000 terhadap tertuduh berusia 21 tahun dan RM15,000 kepada warga emas itu.

Abu Bakar turut memerintahkan tertuduh diikat jamin dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di Balai Polis Kluang setiap bulan.

Hakim turut menetapkan 9 Ogos ini sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI