fbpx

Empat premis di Tumpat beroperasi semasa solat Jumaat dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa wanita MDT dan Jahaeik mengeluarkan notis kompaun kepada pemilik sebuah premis di Tumpat yang beroperasi pada waktu solat Jumaat. FOTO IHSAN MDT

TUMPAT – Pemilik empat buah premis di daerah ini dikompaun sebanyak RM500 selepas didapati menjalankan operasi perniagaan semasa umat Islam menunaikan solat Jumaat kelmarin.

Operasi mengesan premis-premis terbabit dijalankan oleh anggota penguat kuasa wanita Majlis Daerah Tumpat (MDT) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).

Setiausaha MDT, Mohd. Azwan Ab. Rahman berkata, siasatan mendapati, segelintir premis masih berdegil dengan membuka premis mereka ketika waktu solat Jumaat yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Menurutnya, selain solat Jumaat, seksyen itu juga memperuntukan bahawa peniaga perlu menutup operasi perniagaan mereka semasa solat mahgrib terutamanya bagi peniaga pasar malam.

“Sehubungan itu, MDT telah mengeluarkan notis kompaun tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebih enam bulan atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

“Semua pengusaha premis dan peniaga pasar malam diingatkan supaya mematuhi segala arahan ditetapkan bagi mengelak sebarang tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Azwan memberitahu, pihaknya sebelum ini sudah menerima aduan berhubung premis perniagaan yang menjalankan perniagaan pada waktu solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI