AKTOR Tom Holland mengakui mengalami banyak perubahan selepas memutuskan untuk berhenti daripada mengambil minuman beralkohol.
Ujar bintang filem Spiderman itu, antara perubahan ketara yang dialaminya adalah dapat tidur dengan lebih nyenyak, selain mampu menguruskan masalah sendiri tanpa melibatkan orang lain.
“Sejak berhenti daripada mengambil minuman beralkohol, saya dapat tidur lebih nyenyak.
“Bahkan saya berasa diri lebih tenang kerana dapat menyelesaikan masalah sendiri tanpa perlu merujuk kepada orang lain,” ujarnya dalam satu program temu bual, On Purpose With Jay Shetty.
Tambah lelaki berusia 27 tahun itu lagi, sejak berhenti mengambil minuman keras, dia juga dapat mengawal kemarahan, terutama ketika berada di lokasi penggambaran.
“Saya juga menjadi lebih tenang dan tidak lagi mudah marah-marah ketika berada di lokasi penggambaran,” jelasnya.