fbpx

Polis cari lelaki pecah tabung masjid Bagan Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar imej seorang individu yang dipercayai sedang memecah tabung masjid di Port Dickson tular di media sosial Facebook. IHSAN : FACEBOOK.

PORT DICKSON- Polis giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian memecah tabung Masjid Kariah Bagan Pinang di sini selepas gambar kejadian itu tular dalam media sosial semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pada pukul 2 petang semalam, pihaknya mengesan empat gambar dimuat naik di Facebook yang memaparkan seorang individu cuba memecah tabung sebuah masjid.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Masjid Kariah Bagan Pinang, Port Dickson. Kejadian itu disedari oleh jemaah masjid pada pukul 5.40 pagi sewaktu mahu menunaikan solat subuh.

“Jumlah kerugian dianggarkan RM500. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Ihsan Abd Samad di talian 06-647 2222 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson 06-646 2999,” katanya.

Difahamkan, gambar yang dimuat naik di Facebook itu merupakan imej rakaman kamera televisyen tertutup (CCTV) di masjid tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI