BENTONG – Seramai 42 penumpang sebuah bas ekspres melalui detik mencemaskan apabila bas dinaiki mereka terbakar di Kilometer 52.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini malam semalam.
Difahamkan semasa kejadian 11.53 malam itu bas berkenaan yang membawa 42 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bagaimanapun kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan apabila kesemua 42 penumpang serta dua pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.
“Bomba yang tiba di lokasi kejajadian membuat operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu air tangki pam jentera bomba dan operasi tamat pada pukul 12.40 tengah malam.
“Kebakaran menyebabkan bas berkenaan terbakar 100 peratus tetapi tidak melibatkan mangsa,”katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.