fbpx

Enam jam pindah Awang Chiku ganggu tanaman kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Chiku (tengah) berjaya dinaikkan ke atas lori selepas dipujuk oleh Suria dan Kala di Felda Chiku 2, Gua Musang, semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil masa hampir enam jam untuk memindahkan seekor gajah jantan liar di Felda Chiku 2 di sini, semalam.

Penolong Pengarah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Mohamad Syazwan Fais Mohamad Rodzi berkata, seramai 30 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi memindahkan gajah yang dianggarkan berusia 15 hingga 20 tahun.

Katanya, dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Kala dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Hulu Terengganu digunakan untuk memujuk gajah jantan seberat 2.3 tan dengan ukuran tapak kaki 38 sentimeter itu.

“Gajah jantan yang diberi nama Awang Chiku itu berjaya ditangkap pada pukul 8 pagi kelmarin di dalam kawasan ladang kelapa sawit.

“Sebelum itu, operasi mengesan gajah jantan terbabit dilakukan oleh Unit Tangkapan Gajah Perhilitan Kelantan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,” katanya.

Mohamad Syazwan Fais memberitahu, pihaknya percaya Awang Chiku dipercayai tersesat daripada kumpulannya yang berasal dari Gunung Rabong di sini.

Katanya, operasi pemindahan gajah itu bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir 2 petang semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI