fbpx

UNITEN terajui penyelidikan tenaga negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uniten mahu menjadi pusat kecemerlangan akademik dan penyelidikan tenaga di peringkat global. - Gambar hiasan.

Bersama Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Sebagai universiti yang terpilih untuk menubuhkan National Energy Centre (NEC), apakah peranan yang akan dimainkan oleh UNITEN dalam menjuarai penyelidikan tenaga baharu di Malaysia?

National Energy Centre (NEC) merupakan satu-satunya pusat penyelidikan kecemerlangan kelas dunia seumpamanya di Malaysia. Sebagai pelopor kajian bidang tenaga di negara ini, UNITEN adalah lokasi yang tepat bagi NEC memperkembang pesat cabang-cabang bidang tenaga, di samping teknologi ICT dan digital terkini. Di NEC, pusat kecemerlangan tenaga sedia ada akan digabungkan sebagai sebuah konsortium yang menjalankan kajian terkini menuju ke arah karbon sifar 2050.

Bagaimana UNITEN berkerjasama dengan rakan industri dan pemegang taruh yang lain dalam memacu peralihan tenaga di Malaysia?

Melalui NEC, konsortium pusat kecemerlangan yang dihasilkan akan turut menggabungkan akademia, agensi kerajaan, industri, dan pemegang taruh yang lain dalam memantapkan lagi penyelidikan dan latihan dalam pelbagai bidang berkaitan peralihan tenaga.Pendekatan ‘quadraple-’ dan ‘quintuple-helix’ yang digunakan dalam struktur gabungan ini bukan sahaja akan memacu perkembangan dan transformasi industri tenaga negara, malah kepada pembangunan sosial, budaya serta ekonomi berasaskan era digital berlanskap IR4.0 dan IR5.0.

Bagaimanakah UNITEN membina modal insan berkepakaran khusus dalam kajian tenaga boleh baharu dan pembangunan mampan?

Penubuhan pusat kecemerlangan nasional ini akan me­ningkatkan bilangan pekerja profesional dan teknikal yang mempunyai kepakaran dan kemahiran teknikal yang baharu yang diperlukan dalam bidang tenaga yang berbentuk multi disiplin di pelbagai organisasi berkaitan dengan tenaga.Contohnya akan wujud bukan sahaja jurutera mekanikal dan elektrikal tetapi juga jurutera nuklear, jurutera solar, jurutera tenaga angin, jurutera tenaga gelombang, pereka ekonomi tenaga, pereka dasar tenaga, pereka bangunan hijau, pereka kenderaan elektrik, dan lain-lain. Ini boleh dilaksanakan di pelbagai pusat kecemerlangan terpilih dalam kalangan konsortium universiti yang meliputi UM, UKM, UTM, Unimap, dan UTP.Usaha pembangunan modal insan ini akan dilestarikan melalui perkembangan program penyelidikan pasca siswazah di institusi yang terlibat dan juga melalui program pensijilan yang akan membantu komuniti setempat.

Apakah kaedah dan strategi UNITEN dalam menyampaikan pengetahuan, maklumat, dan dapatan penyelidikan kepada pembuat dasar dan pemain industri dalam sektor tenaga?

UNITEN melandaskan setiap usahanya selaras dengan kehendak dasar-dasar negara seperti National Energy Policy, SDGs, WK30, dan RMK12. Ia bagi memastikan dapatan kajian yang relevan dan memenuhi kehendak pembuat dasar.

Apakah harapan terhadap peranan UNITEN pada masa hadapan, selaras de­ngan kemajuan Malaysia yang berteraskan sistem teknologi dan tenaga yang mampan?

Harapan saya agar UNITEN menjadi pusat kecemerlangan nasional dalam bidang akademik, dan bidang penyelidikan tenaga yang mampu bersaing di peringkat global. Saya percaya ini dapat dilakukan demi pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat. Selaras de­ngan aspirasi Malaysia MADANI, saya juga mengharapkan NEC kelak akan membangunkan mo­dal insan yang tangkas (agile) dan bersesuaian dengan perkembangan era ekonomi digital, dan era IR4.0 dan IR5.0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI