fbpx

4 pasangan dicekup khalwat di Pudu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pasangan yang ditahan dalam operasi terbabit.

PETALING JAYA – Empat pasangan warga tempatan dicekup berkhalwat selepas bersekedudukan dalam bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan yang sah di sekitar Kuala Lumpur, hari ini.

Kesemua pasangan itu ditangkap menerusi operasi bersepadu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 2 pagi.

Menurut DBKL, sebanyak lima premis hotel dan rumah tumpangan di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Cheras diambil tindakan penguatkuasaan.

“Sebanyak 175 buah bilik penginapan melibatkan 20 tingkat secara keseluruhannya diperiksa pegawai Jawi, PDRM dan penguat kuasa DBKL.

“Hasil pemeriksaan, empat pasangan warga tempatan ditahan atas kesalahan syariah iaitu bersekedudukan dalam bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, kesemua pasangan terbabit dibawa ke pejabat Jawi mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Selain itu, DBKL turul mengeluarkan satu notis kompaun terhadap premis hotel yang beroperasi tanpa kebenaran di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI