fbpx

Isu kerusi DUN Hulu Bernam selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly Zahari.

ALOR GAJAH – Pertikaian antara Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO berkaitan perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam di Selangor sudah diselesaikan.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata, ia mencapai kata putus selepas dibawa kepada perundingan tertinggi kerajaan perpaduan.

“Setahu saya isu pembahagian kerusi di Selangor sudah diselesaikan, cuma ada permintaan satu dua kerusi keseluruhan daripada perundingan kita.

“Secara dasarnya semua rundingan berhubung pembahagian kerusi sudah dimuktamadkan, cuma beberapa kerusi masih belum diputuskan.

“Pembahagian kerusi ini akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Program Outreach & CSR Perkeso 2023 di Dewan Serbaguna Felda Tun Ghafar, Hutan Percha di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat Ketua Pemuda Amanah Bahagian Hulu Selangor, Abdul Mun’im Roslin bahawa parti itu akan menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di DUN Hulu Bernam.

Kenyataan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan penyokong BN terutama UMNO Bahagian Hulu Selangor, menjelang penamaan calon untuk pilihan raya negeri (PRN) ini.

Tambah Adly, kedudukan Amanah setakat ini adalah beberapa kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan terus ditandingi calon parti berkenaan.

“Kerusi yang kita menang macam di Selangor dan Negeri Sembilan, kita ada tiga kerusi manakala empat kerusi di Kedah kekal dan akan digabungkan dengan kerusi baharu kita dapat keseluruhan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI