fbpx

EPL: Manchester United perlu ihsan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu menjual beberapa pemain terlebih dahulu untuk membolehkan mereka mendapat pemain baharu bagi mengelak pelanggaran FFP. - AFP

MANCHESTER – Jendela perpindahan kali ini menyaksikan Manchester United memperlahankan aktiviti mereka apabila hanya mempunyai bajet sebanyak £120 juta (RM711.74 juta) sahaja bagi mengelak daripada pelanggaran Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Mason Mount menjadi satu-satunya pemain baharu dibeli United ketika ini dengan nilai £55 juta (RM326.22 juta) dan Andre Onana dijangka menjadi pemain seterusnya yang akan tiba di Old Trafford.

Pembelian kedua-dua pemain itu menyaksikan United hampir pasti menyebabkan had bajet United sudah sampai ke tahap maksimum dan agak mustahil untuk mendapatkan pemain-pemain lain ketika mereka juga perlu mendapatkan seorang penyerang.

Dua penggempur yang sedang berada dalam radar United ketika ini, Harry Kane dan Victor Osimhen, namun nilai kedua-dua mereka menyebabkan The Red Devils bakal berdepan hukuman pelanggaran FFP jika mereka membuat keputusan mendapatkan salah seorang daripada mereka.

Musim lalu menyaksikan United sudah membelanjakan wang sebanyak £229 juta (RM1.35 bilion) pada jendela perpindahan musim panas lalu bagi mendapatkan Tyrell Malacia, Lisandro Martinez, Casemiro dan Antony.

Justeru, United tidak mempunyai pilihan kecuali menjual beberapa pemain antaranya, Dean Henderson, Fred, Donny Van De Beek, Alex Telles, Eric Bailly dan Brandon Williams bagi membolehkan mereka mendapat pemain baharu.

Situasi tersebut menyebabkan United perlu mengharapkan ihsan perkembangan luar biasa bola sepak Arab Saudi untuk datang melihat ‘katalog’ pemain yang berada dalam senarai untuk mereka lepaskan.

Laporan menyebut, Fred dan Alex Telles sedang diintai oleh beberapa pasukan dari negara Timur Tengah tersebut, namun United mengharapkan lebih ramai pemain mereka dapat dijual dan berhijrah ke sana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN