fbpx

Pesawah maut motosikal terbabas ke dalam sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawah meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam petak sawah di Parit Haji Manan, Kuala Kurau di sini pagi tadi.

PARIT BUNTAR – Seorang pesawah yang juga pesara tentera maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam petak sawah di Parit Haji Manan, Kuala Kurau di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Fildaus Hashim, 58, dari Taman Serai Permai, Bagan Serai dipercayai ke kawasan tersebut untuk membaja padi di petak sawahnya bersama seorang rakan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa dan rakannya masing-masing membawa dua guni baja dengan motosikal ke petak sawah di Parit Haji Manan.

“Tiba di lokasi, mangsa memaklumkan kepada rakannya mahu mengambil empat guni baja lagi di rumahnya yang terletak berhampiran.

“Bagaimanapun, ketika menunggang motosikal ke rumah, rakannya ternampak mangsa terjatuh bersama motosikalnya di sebelah kiri sawah padi dan tidak bergerak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mazuki, rakan mangsa bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 meter dan dia mendapati mangsa dalam keadaan tersembam di dalam air.

“Rakannya mengalihkan posisi mangsa dan dia dalam keadaan tercungap-cungap ketika bernafas lalu rakan mangsa segera memanggil orang kampung yang berada berhampiran dan menghubungi klinik kesihatan.

“Anggota polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa telah ditutup dengan kain di atas batas sawah padi selepas diangkat orang awam dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI