fbpx

Aktiviti pelacuran di sebalik pusat refleksologi, 9 wanita warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga asing dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran disebalik perkhidmatan sebuab pusat refleksologi dalam serbuan Op Noda di bangunan di Jalan Coastal, Kota Kinabalu kelmarin.

KOTA KINABALU – Serbuan ke atas sebuah pusat refleksologi berjaya menahan seramai sembilan wanita warga asing dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran dalam Op Noda di sebuah bangunan di Jalan Coastal kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, turut ditahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang juga pengurus aktiviti pelacuran berkenaan selain seorang wanita berusia 20 tahun sebagai juruwang di premis terbabit.

Serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu juga menahan seorang lelaki disyaki pelanggan dan 20 pekerja terdiri daripada seorang lelaki dan 19 wanita warga asing.

Bagaimanapun, seramai 10 wanita dibebaskan kerana memiliki jaminan pasport atas syarikat berkenaan manakala pemeriksaan lanjut menahan sembilan wanita berusia 20 hingga 40 tahun ekoran tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah selain disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di premis sama.

Dalam serbuan sama, polis turut merampas satu botol losyen berisi pelincir, pasport dan satu peket kondom yang belum digunakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abdul Rahim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Pengurus lelaki ditahan juga disyaki mengurus aktiviti pelacuran di dalam pusat refleksologi yang diserbu.

“Seramai sembilan wanita berasal dari China, Thailand dan Filipina ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran dan menyalahgunakan pasport dengan bekerja sebagai tukang urut di pusat refleksologi itu.

“Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI