fbpx

Bapa latih anak sulung macam di kem PLKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang bapa berkongsi cara dia mendidik anak-anaknya terutama abang sulung yang diibaratkan seperti pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Katanya menerusi satu perkongsian di Facebook, pengguna dikenali sebagai Amirulz Mdd itu memberitahu anak sulung dipertanggungjawabkan menjaga adik-adiknya dan setiap kesalahan yang mereka lakukan, pastinya akan ada hukuman buat si abang.

“Aku anak tiga orang. Aku akan hukum anak sulung aku kalau adik-adik dia buat hal. Alasan sebab tak pantau adik-adik dia dan kalau kali kedua adik dia buat lagi benda sama, baru aku hukum pulak dua-dua beradik, hukuman aku simple (mudah) hanger (penyangkut baju) kat tapak tangan sahaja tapi tak kuat,” katanya.

Menurut lelaki tersebut, tindakan yang dipraktikkan itu adalah ajaran ibunya sejak dari dahulu lagi untuk melatih mentaliti anak-anak sebagai seorang ketua terutama anak sulung.

“Ini mak aku ajar sebab nak latih mentaliti ketua dekat si abang untuk sayang san jaga adik-adik dia.

“Cara ini diterap juga masa aku PLKN dulu-dulu, kalau satu anak buah buat hal, ketua skuad kena lompat bintang seratus kali depan anak buah dia sebab tanggungjawab bangunkan mereka pagi-pagi dan kena pastikan semua ada atas padang kawad atas bahu ketua skuad.

“Cara ini memang berkesan setakat hari ini (semalam). Dulu aku benci bapa aku sebab buat macam itu dekat aku. Dah ada anak sendiri baru aku faham kenapa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI