fbpx

Chlorophyllum Molybdites spesies beracun seakan cendawan busut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Spesies cendawan beracun. - Gambar Facebook PHM

PETALING JAYA – Spesies cendawan Chlorophyllum Molybdites yang seakan sama seperti cendawan busut antara penyebab kejadian keracunan sering berlaku berkaitan cendawan.

Menurut Public Health Malaysia, hal ini kerana toksin atau racun daripada cendawan liar tersebut boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit.

“Selain itu, ia menyebabkan celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.

“Malah sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury). Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian,” kata hantaran pada Facebook hari ini.

Sehubungan itu, pihak tersebut memberi peringatan supaya berhati-hati memetik cendawan yang tidak diketahui pada musim hujan ini yang banyak tumbuh di sekitar rumah.

“Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan daripada memetik dan makan cendawan yang tidak diketahui.

“Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli daripada pembekal komersial,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, seorang wanita terkejut apabila seluruh ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang sangat teruk selepas makan hidangan cendawan goreng yang dipercayai beracun.

Menurut perkongsian wanita itu di akaun TikToknya, dia berkata, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI