fbpx

Penghantaran terakhir rider sebelum maut terperosok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD NOR ADAM disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

MELAKA – Seorang penghantar makanan sebuah restoran makanan segera sempat membuat penghantaran terakhir kepada pelanggannya sebelum maut akibat terperosok di bawah sebuah lori sampah di Jalan Gaung Piring, Cheng, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, mangsa Muhammad Nor Adam Asraff Abdullah, 37, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R baru selesai membuat penghantaran pesanan dan dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di sebuah restoran makanan segera di Cheng.

Ujarnya, lori sampah terlibat pula dari arah Kampung Solok Gaung Piring dan dalam perjalanan menuju ke Sekolah Tun Haji Malik.

“Apabila tiba di Jalan Gaung Piring, si mati dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu bergeser dengan lori tersebut, manakala kenderaan berat itu telah cuba mengelak ke kiri.

“Akibat pergeseran itu, si mati telah terjatuh dan terperosok di bawah lori berkenaan. Dia disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan di lokasi mendapati kejadian berlaku di jalan kampung satu lorong dengan dua hala, namun tidak mempunyai garisan pembahagi jalan.

“Tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan dan setakat ini tiada saksi bebas yang tampil membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI