fbpx

Bekalan gula putih cukup tampung kegunaan industri, domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan bekalan gula putih bertapis dalam negara adalah mencukupi untuk kegunaan industri dan domestik.

KPDN dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan gula dengan memudahcarakan proses kelulusan AP import (Approved Permit) gula putih bertapis.

Katanya, sehingga kini sebanyak 285,700 metrik tan (MT) telah diluluskan kepada 37 syarikat untuk mengimport gula putih bertapis.

“KPDN juga telah bersetuju untuk membenarkan syarikat pengimport membungkus gula berkenaan dalam pek 1 kilogram (kg) untuk pasaran runcit dan dijual pada harga kawalan semasa, iaitu RM2.85 per kg (gula kasar) dan RM2.95 per kg (gula halus),” katanya kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, berhubung bekalan gula bertapis pek 1 kg dan 2 kg yang lebih dikenali sebagai gula rakyat, KPDN akan memastikan bekalan diedarkan sekurang-kurangnya 42,000 MT setiap bulan oleh MSM dan CSR bagi menampung keperluan rakyat termasuk penjaja dan peniaga kecil.

“Jumlah minimum ini sememangnya adalah mencukupi bagi keperluan isi rumah yang dianggarkan penggunaan sebulan sebanyak 20,800 MT,” ujarnya.

KPDN jelasnya, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat yang didapati melakukan kesalahan antaranya menyorok bekalan gula bertapis pek 1 kg dan 2 kg atau membungkus semula gula tersebut kepada 50 kg untuk jualan industri.

KPDN menyeru kepada masyarakat untuk mengemukakan aduan rasmi sekiranya mendapati mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI