fbpx

Hafizh Syahrin berjuang melawan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH SYAHRIN mengalami kecederaan sewaktu sesi ujian rasmi Suzuka 8 Hours dan atas sebab itu dia tidak dapat meneruskan perlumbaan WSBK di Imola, Itali.

PELUMBA berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah mendedahkan dia berjuang dengan masa selepas disahkan mengalami kecederaan retak tulang C6 (tulang leher) sewaktu sesi ujian rasmi perlumbaan Suzuka 8 Hours pada 5 Julai lalu.

Tegas pelumba Honda MIE Racing PETRONAS itu, dia terlepas perlumbaan pusingan ketujuh Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) hujung minggu ini selepas memberi tumpuan pr­oses pemulihan yang dikatakan mengambil tempoh agak lama.

Katanya, kecederaan agak serius dan memerlukan tempoh rehat sementara, sekali gus berharap segera pulih terutama untuk bersaing dalam perlumbaan Suzuka 8 Hours 4 hingga 6 Ogos depan.

“Benar saya mengalami kece­deraan sewaktu sesi ujian rasmi Suzuka 8 Hours baru-baru ini dan atas faktor tersebut saya tidak dapat meneruskan perlumbaan WSBK di Imola. Masa juga agak suntuk untuk saya pulih dan doktor memberi nasihat agar saya tidak berlumba untuk fokus pada proses pemulihan.

“Dalam pada masa sama, saya berdepan jadual agak padat kerana bulan ini saya perlu mela­kukan persiapan terutama perlumbaan 8 Hours jadi, saya perlu segera pulih dari kecederaan ini. Tetapi kecederaan saya agak serius dan perlu rehat sementara.

“Jadi, saya perlu menunggu sehingga akhir bulan ini sama ada saya boleh kembali ke litar untuk menunggang jentera ataupun tidak kerana doktor menegaskan kecederaan yang menimpa saya agak lama untuk pulih.

“Apapun, saya tidak berputus asa dan saya perlu buat sesuatu untuk kembali pulih,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Bekas pelumba MotoGP tersebut bakal membuat penampilan pada Suzuka 8 Hours bersama pasukan AutoRace Ube Racing Team yang turut disertai Dan Linfoot dan Takuya Tsuda, menggunakan jentera Suzuki GSX-R1000R.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI