fbpx

Banjir di Himachal Pradesh ragut 19 nyawa, kerugian lebih RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
.PENDUDUK menggunakan jambatan ketika paras Sungai Beas naik di daerah Kullu, Himachal Pradesh pada Isnin lalu. - Foto PTI

NEW DELHI – Seramai 19 orang terkorban dalam bencana  banjir dan hujan lebat terbaharu di negeri Himachal Pradesh, India, lapor portal berita Wion News semalam.

Seramai 14 individu juga dilaporkan hilang, manakala anggaran kerugian sekitar 40 bilion rupee (RM2.2 bilion), kata Menteri Pendidikan Himachal Pradesh, Rohit Thakur semalam.

Pusat operasi kecemasan  melaporkan  bahawa setakat malam kelmarin, angka kematian keseluruhan akibat bencana banjir negeri berjumlah 88 orang.

Menurut pegawai pusat operasi kecemasan, sebanyak 1,020 jalan masih terhalang dan kebanyakan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan bas terjejas  teruk.

“Sebanyak 1,020 jalan masih terhalang di negeri ini, manakala 2,498 transformer dan 1,244 skim bekalan air tergendala,” kata pegawai itu semalam seperti laporan agensi berita PTI.

Pejabat meteorologi mengeluarkan amaran kuning untuk hujan lebat dan  ribut petir di rantau itu dari 13 hingga 17 Julai ini,  manakala hujan lebat dijangka berterusan sehingga 19 Julai 2023.

Sejak hujan monsun bermula pada 24 Jun lalu, negeri Himachal Pradesh terjejas teruk akibat hujan lebat yang mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat.

Menurut PTI, pekerja-pekerja penyelamat  berjaya memindahkan 256 pelancong yang terkandas selama lima hari di Chandertal, daerah Lahaul dan Spiti akibat salji lebat yang menghalang jalan.

Situasi tersebut berlaku ketika pihak berkuasa berusaha memindahkan seramai 60,000 pelancong ke kawasan lebih selamat di negeri ini sejak empat hari lalu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI