fbpx

Album BoA terima tempahan sebulan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOA

KARIER seni penyanyi wanita solo popular BoA yang memulakan debut ketika usianya 13 tahun pada 2000 kini memasuki usia dua dekad.

Sempena memperingati ulang tahun istimewa tersebut, BoA dikhabarkan bakal muncul dengan buah tangan terbaharu iaitu sebuah album tidak lama lagi.

Album berjudul Better tersebut dijadualkan memasuki pasaran bermula 1 Disember ini, sekali gus membuktikan BoA gah berdiri sebagai Queen of K-pop.

Sesuatu yang menarik, biarpun hanya akan diluncurkan secara rasmi dalam masa sebulan akan datang, namun album berkenaan sudah pun menerima tempahan bermula 5 November lalu secara dalam talian di Korea Selatan.

Sebelum ini, BoA pernah menyampaikan mesej kepada peminat atas sokongan yang diterima sepanjang 20 tahun bergelar penyanyi.

“Rasanya seperti baru semalam saya memulakan kerjaya sebagai penyanyi. Hari ini sudah 20 tahun usia karier saya. Sungguh pantas masa berlalu,” katanya.

Sepanjang bergelar penghibur, penyanyi itu telah menzahirkan sebanyak 19 buah album iaitu sembilan album dalam bahasa Jepun dan Korea dan sebuah lagi dalam bahasa Inggeris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI