fbpx

Benfica mahu United lupakan Goncalo Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMOS menjadi sasaran United, namun Benfica tidak bersedia untuk melepaskan penggempur utama mereka itu. - AFP

MANCHESTER – Percubaan Manchester United untuk cuba ‘memancing’ penyerang Benfica, Goncalo Ramos ke Old Trafford pada jendela perpindahan kali ini menemui jalan buntu apabila ditolak kelab Portugal tersebut.

The Red Devils dikatakan cuba memujuk Benfica dengan menawarkan bek kiri, Alex Telles yang dianggap sudah tidak diperlukan lagi di Old Trafford sebagai pertukaran bagi mendapatkan Ramos.

Bagaimanapun, usaha tersebut nyata sia-sia apabila Benfica tidak bersedia untuk melepaskan aset mereka paling berharga itu selain meminta United supaya mencari alternatif lain.

United terdesak untuk membawa masuk penggempur baharu bagi menerajui jentera serangan pasukan menjelang saingan musim baharu nanti memandangkan mereka hanya memiliki Anthony Martial sebagai penyerang tunggal.

Justeru, Ramos menjadi antara sasaran utama United apabila dia dilabelkan sebagai pemain kunci buat juara Liga Portugal itu selepas dia menjaringkan 27 gol serta melakukan 12 umpanan dalam 47 penampilan musim lalu.

Difahamkan, mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Portugal itu perlu membayar klausa pelepasan bernilai £102.55 juta (RM470.60 juta) kepada Benfica.

Sebaik sahaja tawaran untuk mendapatkan Ramos ditolak, United berhasrat kembali berunding dengan Atalanta bagi mencapai kata sepakat berhubung yuran perpindahan penyerangnya, Rasmus Hojlund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI