fbpx

Manchester City paling tinggi terima ‘elaun’ FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY melepaskan 16 pemainnya untuk beraksi bersama negara masing-masing pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar. - AFP

LONDON – Manchester City dilapor menjadi pasukan yang berjaya menerima bayaran paling tinggi daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) ekoran penglibatan pemain mereka yang paling ramai pada kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.

Laporan Program Kelebihan Kelab yang disiarkan oleh badan induk bola sepak dunia itu mendedahkan jumlah yang diterima oleh semua pasukan dan kelab di seluruh dunia dengan penglibatan pemain mereka pada kejohanan berkenaan.

Kira-kira £160.90 juta (RM960.20 juta) telah diagihkan oleh FIFA kepada 440 kelab di seluruh dunia dengan bayaran sebanyak £8,429 (RM50,556) sebagai elaun bagi seorang pemain untuk penglibatan mereka secara harian.

Ia bermakna, setiap kelab akan menerima jumlah bayaran berdasarkan jumlah hari para pemain mereka kekal dalam saingan, misalnya jika pemain mereka berada di Qatar selama 20 hari, maka bayarannya didarabkan dengan £8,429

Laporan berkenaan juga menunjukkan kelab dari Eropah yang menguasai 76 peratus jumlah pemain pada kejohanan itu menerima bayaran keseluruhan £122.32 juta (RM733.66 juta) dan daripada jumlah itu, kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) menguasai jumlah tertinggi dengan £29.03 juta (RM174.12 juta).

Jumlah keseluruhan diterima kelab EPL itu dikuasai oleh City yang meraih pendapatan sebanyak £3.54 juta (RM21.23 juta) berdasarkan penglibatkan 16 pemain mereka, sementara Manchester United dan Chelsea di kedudukan kedua dengan £2.51 juta (RM15.05 juta).

City juga turut menguasai carta kelab-kelab yang beraksi dalam lima liga utama Eropah menerima ‘elaun’ berkenaan diikuti oleh Barcelona, Bayern Munich, Real Madrid dan Paris Saint-Germain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI