KUALA LUMPUR- Seramai sembilan individu termasuk seorang wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam sindiket keldai akaun tumpas dalam serbuan di sebuah unit premis sekitar Lembah Klang, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Abdul Shukor berkata, bertindak atas maklumat kegiatan ‘calling centre’ berkenaan, pihaknya berjaya membuat tangkapan melibatkan lapan lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing masing-masing berusia 22 hingga 50 tahun.
Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati adanya unsur-unsur aktiviti mengumpul kad pengeluaran wang automatik (ATM), pengeluaran wang melalui mesin ATM dan pemindahan perbankan atas talian.
“Kumpulan sindiket ini berperanan membekalkan maklumat perbankan dan menyediakan ‘online banking’ bagi akaun bank yang diperolehi daripada keldai akaun sebelum ia diserahkan kepada kumpulan sindiket yang lain.
“Wang hasil aktiviti tersebut akan dikeluarkan oleh ahli sindiket ini dan kemudian akan dihantar ke akaun yang diberikan oleh ahli sindiket melalui deposit tunai.
“Kesemua ahli sindiket ini menerima komisen sebanyak 2 peratus daripada jumlah yang dikumpulkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Amihizam, pihaknya turut merampas 11 buah telefon bimbit pelbagai jenama, kad ATM (14), satu unit modem, satu router, buah cop syarikat (5), simkad (6) serta senarai nama dan akaun (8).
Seterusnya, 13 keping salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), slip kemasukan duit dan wang tunai (3) dam pelbagai jenis matawang berjumlah RM1,649.
“Kesemua suspek ditahan reman semalam hingga Ahad bagi tindakan siasatan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.