fbpx

Lima beranak kemalangan, guni berisi plastik jatuh dari lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPV Honda Odyssey dinaiki lima beranak melanggar guni berisi bahan plastik mentah yang terjatuh dari sebuah lori di KM210.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi tadi.

ALOR GAJAH – Lima beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka merempuh puluhan guni bahan mentah yang terjatuh daripada sebuah lori di Kilometer 210.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan I (KUP) Zainuddin Abdullah berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.59 pagi melalui talian MERS 999.

Katanya, sepasukan 24 anggota termasuk bantuan daripada BBP Alor Gajah telah dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah MPV jenis Honda Odyssey telah melanggar longgokan guni berisi bahan plastik mentah di lorong paling kanan.

“Kesemua penumpang iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak mereka bagaimanapun terselamat dan tidak mempunyai sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua guni tersebut dipercayai telah terjatuh daripada sebuah lori yang membawanya sebelum dilanggar MPV yang gagal mengelak.

“Situasi berbahaya berjaya dikawal dan operasi mengalihkan bahan-bahan tersebut sedang dilakukan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI