fbpx

Mourinho akui Spurs sukar raih kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) menceriakan kem Spurs apabila meledak gol kemenangan ketika menentang West Brom kelmarin. – AFP

WEST BROMWICH – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho percaya sukar untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun mampu mencabar saingan musim ini.

Spurs kini berada di tangga kedua Liga Perdana selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas West Bromwich Albion di Stadium The Hawthorn malam kelmarin.

Setakat ini, Spurs menang perlawanan liga tiga kali berturut-turut selain tidak pernah tewas dalam semua pertan­dingan sejak kalah kepada Everton pada aksi pembukaan liga.

“Saya berani cakap pasukan ini (Spurs) boleh memenangi kejuaraan liga jika beraksi di negara lain. Liga Perdana Inggeris berbeza kerana ia sangat sukar.

“Anda tidak boleh jangka bila pasukan akan hilang mata kerana liga ini memiliki ba­nyak pasukan terbaik seperti Li­verpool, Chelsea, Manchester United dan Leicester City,” kata Mourinho.

Bekas jurulatih Real Madrid itu juga menegaskan tidak peduli dengan aksi pasukan-pasukan lain kerana beliau ha­nya mahu memberikan fokus kepada pasukannya.

“Saya hanya mahu pasukan fokus pada perlawanan demi perlawanan dan jangan peduli dengan aksi pasukan lain. Setiap pasukan akan berdepan situasi kehilangan mata pada musim ini,” tambah beliau.

Spurs berjaya meledak gol kemenangan menerusi pe­nyerang sensasinya, Harry Kane kira-kira dua minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI