fbpx

Rafizi juga berhak tentukan modul gaji terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (berdiri depan, tengah) ketika lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menentukan modul gaji terbaik untuk dilaksanakan di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berpandangan, walaupun jawatankuasa untuk meneliti hal ehwal gaji secara umumnya terletak di bawah KSM, namun Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi juga berhak menyatakan apa yang baik untuk ekonomi negara.

“Kita tak ada sebarang masalah (untuk bekerjasama). Beliau (Rafizi) merupakan anggota MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara). Saya juga (anggota) MTEN.

“Jadi, kita akan bincang untuk lihat apakah kaedah atau mekanisma terbaik untuk menentukan modul gaji yang terbaik untuk negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita ketika sesi lawatan kerjanya ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, di sini petang tadi.

Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, kementerian yang diterajuinya ketika ini juga bertanggungjawab dalam hal ehwal gaji termasuk gaji progresif kerana mereka menguruskan perancangan ekonomi negara secara menyeluruh.

Kata Rafizi, gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup adalah isu pokok yang menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Mengulas lanjut, Sivakumar memberitahu, KSM juga dijangka membuat satu pembentangan kepada MTEN berkaitan gaji progresif bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI