fbpx

Pengantin baharu lari selepas kunci suami dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan mengunci suaminya dari bahagian luar tandas sebelum menghilangkan diri. – Agensi

JAKARTA  –  Seorang wanita di Samosir, wilayah Sumatera Utara menghilangkan diri sehari selepas melangsungkan perkahwinan, setelah mengunci suaminya di dalam bilik mandi sebuah hotel, lapor laman berita Okezone semalam.

Berdasarkan hantaran yang tular di laman Facebook, adik ipar wanita tersebut memberitahu, dia kini gagal dikesan.

“Kakak ipar saya melarikan diri selepas sehari berkahwin. Abang saya berkahwin dengannya pada 3 Julai lalu dan keesokan harinya, dia melarikan diri,” kata wanita itu yang menggunakan akaun Facebook bernama Encis Tamba.

Menurut Encis, kakak iparnya mengajak abangnya bersiar-siar selepas melangsungkan perkahwinan sebelum mereka membuat keputusan bermalam di sebuah hotel.

“Pada pukul 6 petang (waktu tempatan), mereka tiba di hotel tersebut. Abang saya kemudian dikunci dari luar bilik mandi oleh kakak ipar saya,” ujarnya.

Tambah Encis, selepas dihubungi beberapa kali, nombor telefon kakak iparnya itu sudah tidak aktif dan semua akaun media sosialnya ditukar kepada mode privasi.

“Keluarganya juga tidak tahu di mana dia berada,” ujar Encis yang  meminta bantuan rakan-rakan Facebook untuk mengesan wanita itu.

Hantaran itu bagaimanapun menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Kenapa semakin ramai orang meninggalkan rumah tangga mereka begitu sahaja? Sangat kejam,” kata seorang pengguna.

“Cuba periksa rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) hotel. Mana tahu, dia dijemput oleh bekas kekasih atau ahli keluarganya sendiri,” ujar pengguna lain.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI