fbpx

Lelaki potong zakar sendiri, buang dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengerat zakarnya sebelum dipamkannya ke dalam tandas di Pune, India baru-baru ini. - Shutterstock

NEW DELHI, India – Seorang lelaki di India bertindak memotong zakarnya dengan menggunakan pisau dapur dan mengepam organ tersebut dalam mangkuk tandas, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berkongsi butiran kejadian ngeri itu dalam sebuah  jurnal perubatan, pakar-pakar bedah di India berkata, mangsa yang berusia  berusia 52 tahun didapati menghidap penyakit mental skizofrenia.

Lelaki itu berhenti mengambil ubat dan  tidak hadir temu janji di hospital sehinggalah 16 jam selepas dia memotong zakarnya,  baru-baru ini.

Pakar perubatan berkata,  lelaki dari Pune itu tidak berniat membunuh diri,  namun bertindak demikian selepas mendengar suara dalam kepalanya menyuruh dia memotong zakarnya atau berdepan akibat buruk.

Menulis dalam Open Journal of Clinical and Medical Case Reports,  doktor di Kolej Perubatan Bharati Vidyapeeth, Pune berkata,   lelaki itu perlu menjalani pembedahan untuk merawat  lukanya.

Selepas tujuh hari berada di hospital, lelaki itu dibenarkan pulang, manakala selepas 20 hari menjalani pembedahan, dia beransur sembuh, kata pakar-pakar perubatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI