fbpx

[VIDEO] Seorang cedera, enam kereta dibakar individu kurang siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang musnah dalam kejadian tersebut.

KLANG – Suasana di Jalan Batu Nilam 3, Bandar Bukit Tinggi di sini, gempar apabila enam kereta dipercayai dibakar individu kurang siuman, hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun melecur di tangan ketika cuba memadamkan kebakaran tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.11 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati enam kereta masing-masing jenis Nissan Sentra, Perodua Bezza, Axia dan Myvi selain Mazda 2 dan Proton Saga terbakar.

“Ketika kejadian seorang lelaki yang juga pemilik sebuah kereta cuba memadamkan kebakaran namun melecur di tapak tangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Mohamadul Ehsan, siasatan awal mendapati seorang individu kurang siuman dipercayai membakar tiga kereta di kawasan itu.

Tambah beliau, lelaki itu kemudiannya dikatakan membakar kereta lain yang semuanya terbakar antara 15 hingga 40 peratus.

“Bomba bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran dan tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan dan kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan siasatan masih dijalankan pihaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI