fbpx

Anak pemandu teksi, tukang jahit cemerlang STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun menyampaikan sijil kecemerlangan kepada Erin Ezayu Emylia Abdul Mutalib yang memperoleh PNGK 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Kolej Tingkatan 6, Forest Heights, Seremban, hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang anak kepada pasangan tukang jahit dan pemandu teksi antara yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 yang diumumkan, hari ini.

Erin Ezayu Emylia Abdul Mutalib, 20, pelajar jurusan Sains Sosial dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin itu memaklumkan tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang tersebut.

“Saya memang tidak menyangka dengan keputusan ini, saya hanya sasarkan keputusan 3.00 lebih sahaja. Apa pun saya, saya sangat bersyukur, ini hasil dari usaha gigih kerana saya tahu bukan berasal dari keluarga yang senang.

“Alhamdulillah, ibu dan ayah gembira dengan keputusan ini dan mereka menangis ketika saya menghubungi mereka memaklumkan keputusan STPM,” katanya selepas majlis pengumuman keputusan STPM Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Kolej Tingkatan 6, Forest Heights, di sini hari ini.

Pengumuman dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussin dan majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Erin Ezayu Emylia dalam pada itu memberitahu, dia kini telah menghadiri temuduga bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selain sedang menunggu keputusan bagi memasuki kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

“Memang saya meminati bidang di belakang tabir seperti bidang penyiaran,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan mengikut jejak dua orang kakaknya yang turut mengikut pengajian pendidikan Tingkatan 6.

Selain itu, Erin Ezayu Emylia turut memberitahu, bantuan Peranti Siswa yang diberikan kerajaan telah banyak membantunya dalam mengulangkaji pelajaran.

“Bagi saya Peranti Siswa sangat bagus, saya banyak menggunakannya untuk belajar sambil dibantu oleh guru-guru di sekolah,” katanya sebelum ini memperoleh keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI