fbpx

Kecederaan Ronaldo bikin Pirlo resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kanan) gagal menamatkan aksi menentang Lazio kelmarin selepas mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa dikeluarkan. – AFP

ROM – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mengesahkan bintang pasukannya, Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan buku lali sewaktu seri 1-1 dengan Lazio pada aksi Serie A di Sta­dium Olimpico kelmarin.

Ronaldo yang berjaya meledak jaringan buat Juventus dalam babak pertama terpaksa digantikan oleh Paulo Dybala pada minit ke-76 selepas penyerang prolifik berusia 35 tahun itu berlanggar dengan pemain tengah Lazio, Luis Alberto.

“Ronaldo menikmati permainan terbaik tetapi malangnya dia terpaksa dikeluarkan kerana masalah kecederaan buku lali. Ia sememangnya satu berita menyedihkan buat kami dan juga Portugal,” kata Pirlo.

Ketiadaan kapten Portugal itu mengakibatkan Juventus gagal mempertahankan kelebihan satu jaringan tersebut apabila Lazio berjaya meledak gol penyamaan melalui Filipe Caicedo beberapa saat sebelum tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Pirlo, 41, enggan menjadikan alasan kegagalan mengutip tiga mata penuh disebabkan ketiadaan Ronaldo, sebaliknya beliau berpuas hati dengan keseluruhan prestasi ditunjukkan barisan pemainnya dalam aksi tersebut.

“Hari ini kami bermain tanpa (Federico) Chiesa, (Giorgio) Chiellini, Alex Sandro dan (Matthijs) de Ligt. Namun, ia bukan alasan kerana kami akan sentiasa cuba memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya sedikit terkilan dengan keputusan seri ini kerana kami gagal bermain baik dalam tempoh 10 saat terakhir. Namun, secara keseluruhan, saya gembira dengan prestasi dan persembahan para pemain,” jelasnya.

Keputusan itu menyaksikan The Old Lady jatuh ke tangga kelima Serie A dengan 13 mata ketinggalan empat mata kepada pendahulu, AC Milan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN