fbpx

Atletico nafi sudah ‘membenci’ Felix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELIX (kiri) berhasrat untuk kekal di Chelsea, namun kelab tersebut membuat keputusan untuk tidak mendapatkan khidmatnya secara kekal. – AFP

MADRID – Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo menafikan dakwaan bintang Portugal, Joao Felix tidak gembira bersama kelab itu selepas namanya dikaitkan dengan tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Felix, 23, kembali ke Stadium Wanda Metropolitano selepas tempoh pinjamannya berakhir bulan lalu bersama Chelsea yang enggan mendapatkan khidmatnya secara tetap.

“Kami gembira mempunyai pemain berkualiti seperti Felix. Dia seorang pemain yang digemari oleh semua orang dan di­sebabkan itulah dia masih lagi bersama Atletico,” kata Cerezo.

Bagaimanapun, kepulangan­nya ke kota Madrid menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya selepas Atletico memberikan jersi No. 7 miliknya sebelum ini untuk digunakan oleh Antoine Griezmann musim depan.

Terdapat laporan juga mengatakan penyerang itu tidak dibenarkan berlatih bersama skuad utama sehingga mengakibatkan tercetus ketegangan antara dia dengan Pengarah Sukan Atletico, Andrea Berta.

Disebabkan itu, Felix memberitahu ejennya, Jorge Mendes agar mencari kelab baharu de­ngan kini dikatakan Manchester United, Newcastle United dan Aston Villa berminat untuk mendapatkannya secara pinjaman.

Sebagai rekod, Felix menyertai Atletico daripada jaguh Portugal, Benfica dengan kontrak tujuh tahun menerusi yuran perpindahan bernilai €126 juta (RM648.26) pada Julai 2019.

Begitupun, dia gagal menampilkan prestasi setaraf de­ngan nilainya apabila hanya ber­upaya meledak 25 gol daripada keseluruhan 96 perlawanan La Liga sepanjang empat musimnya bersama Atletico. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI