PARIT – Seramai 108 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 di negeri ini, berjaya memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Pengarah Pendidikan negeri, Mohamad Fauzi Mahson berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 0.96 peratus berbanding tahun sebelumnya seramai 74 orang.
Katanya, PNGK yang direkodkan di negeri ini bagaimanapun menunjukkan penurunan 0.03 peratus daripada 2.75 pada tahun 2022 berbanding 2.78 pada tahun sebelumnya.
“Seramai 3,421 calon telah menduduki STPM di 55 pusat peperiksaan di seluruh negeri dengan 3,357 calon lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran. – KOSMO! ONLINE