fbpx

Reman ibu, kekasih bunuh anak 3 tahun disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Tempoh reman lelaki dan ibu kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mati dengan kesan kecederaan tengkorak dan organ perut pecah dipercayai dibunuh dalam kejadian Sabtu lalu, disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, perintah reman sehingga 19 Julai itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam terhadap suspek yang masing-masing berusia 24 dan 25 tahun.

Katanya, ia bagi membantu pihak polis melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sebelum ini lelaki itu yang bekerja sendiri dan ibu mangsa, seorang jurujual penapis air telah ditahan dan direman selama tujuh hari sejak 7 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI