fbpx

Isu kerusi bertindih BN-PH selesai – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi bersama Mohamad Sabu pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Isu pertindihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH), berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan mendedahkan dua kerusi berkenaan kerana ia diselesaikan secara dalaman antara BN dan PH.

Beliau berkata, ia bukan soal kerusi itu diserahkan kepada BN atau PH tetapi diselesaikan atas semangat kebersamaan antara parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini bukan soal kerusi siapa kerana Parti Amanah Negara (Amanah) juga memberi kerusi kepada kita, malah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pun sama.

“Atas kebersamaan ini, kita ambil kira peluang yang lebih adil untuk parti yang mengganggotai Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Ditanya berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRN nanti, Ahmad Zahid berkata, BN akan bertanding di lebih 100 kerusi.

“Pengumuman calon akan dibuat pada 21 Julai ini dan ia akan dilaksanakan secara berpusat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Amanah dijangka akan mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu.

“Ketika ini, ada dua kerusi yang belum selesai dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Amanah tidak banyak kerusi namun, kerusi yang kami tanding akan menang semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI