fbpx

1,184 calon STPM 2022 raih PNGK 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Seramai 1,184 atau 2.84 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00 sekali gus merekodkan peningkatan berbanding pencapaian pada 2021 iaitu 2.41 peratus.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,009 atau 85.22 peratus adalah dari kategori B40.

Jelasnya, PNGK Nasional STPM 2022 telah meningkat sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas iaitu dari 2.79 pada tahun 2021 kepada 2.82 pada tahun 2022.

“PNGK nasional pada tahun ini juga merupakan PNGK tertinggi sejak dilaksanakan peperiksaan STPM.

“Dari segi pencapaian PNGK, secara keseluruhannya didapati peratusan longgokan calon STPM 2022 pada PNGK 3.75 dan ke atas adalah 9.59 peratus, PNGK 3.0 (42.96 peratus), PNGK 2.75 dan ke atas (56.76 peratus), PNGK 2.0 ke atas pula adalah 89.75 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM di MPM, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI