fbpx

Wanita ditahan, bayi berusia setahun positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Seorang wanita berusia 21 tahun ditahan polis selepas dia dan anak perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, penahanan itu dilakukan setelah pihaknya mendapat laporan daripada Hospital Taiping semalam.

“Kita telah dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Hospital yang memaklumkan kanak-kanak itu positif dadah amphetamine dan methamphetamine. Difahamkan, sebelum itu kanak-kanak tersebut dihantar ke rumah neneknya sementara ibunya keluar membeli barangan runcit di kedai berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Razlam, kes itu mula terbongkar apabila kanak-kanak itu menunjukkan tingkah laku tidak terkawal ketika hendak tidur.

“Ibunya telah membawanya ke hospital dan pihak hospital mendapati kanak-kanak itu positif dadah,” katanya.

Tambahnya, ibu mangsa yang merupakan seorang suri rumah ditahan dan hasil saringan air kencing mendapati dia juga positif dadah jenis methaphetamine.

“Difahamkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI