fbpx

Zionis usir keluarga Palestin, beri laluan kepada Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora ditenangkan oleh anaknya, Ahmad (kiri) selepas diusir dari rumah mereka untuk memberi laluan kepada peneroka Yahudi kelmarin. - AFP

BAITULMUQADDIS – Polis Israel mengusir sebuah keluarga Palestin dari rumah mereka sendiri di Baitulmuqaddis Timur bagi memberi laluan kepada peneroka haram Yahudi menduduki kawasan itu selepas satu pertikaian undang-undang yang panjang.

Keluarga Ghaith-Sub Laban berjuang di mahkamah Israel sejak 1978 bagi menentang pengusiran tersebut di Kuarters Islam, Kota Lama.

Bagaimanapun, kelmarin, polis Israel tiba untuk mengusir keluarga tersebut dari tanah mereka berikutan satu perintah mahkamah.

“Mereka tidak mempunyai hak untuk mengusir saya dari rumah ini. Mereka adalah perompak dan mereka mencuri segala-galanya daripada kami. Mereka mencuri rumah, tanah dan orang kami,” kata Nora Abu Laban, 68.

Anak lelaki Nora, Ahmad Sub-Laban berkata, mereka sekeluarga dilarang memasuki semula kawasan itu.

“Apabila berada di hadapan rumah, kami berhadapan realiti baharu bahawa pintu masuk utama rumah kami telah ditutup dan kami tidak berhak menggunakannya lagi. Mereka (Zionis) merampas kunci dan menukarnya,” kata Ahmad.

Keluarga tersebut juga tidak dibenarkan mengambil perabot atau ubat serta hanya dibenarkan mengambil satu barang ketika dihalau keluar, iaitu tumbuhan yang telah dijaga selama 17 tahun.

Berikutan insiden itu, aktivis Palestin bertelagah dengan polis Israel dengan sebuah klip video yang dikongsikan agensi berita AFP menunjukkan seorang aktivis memegang sepanduk bertulis ‘sebuah keluarga diusir hari ini’ sambil dilihat oleh peneroka haram Yahudi.

Beberapa aktivis lain pula melaungkan slogan ‘tiada lagi penjajahan’ kepada orang ramai yang lalu lalang di luar blok kediaman mereka. Beberapa peneroka haram Yahudi turut dirakam menari dan tersenyum sambil melihat ke arah keluarga itu. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI