fbpx

Pelajar universiti awam dapat baucar subsidi RM300 tiket penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (tengah) mengumumkan pemberian baucer tiket penerbangan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya tadi. Foto oleh FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, setiap pelajar yang layak akan menerima baucar bernilai RM300 dan ia boleh mula ditebus pada 15 Ogos ini.

Beliau berkata, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 56,000 pelajar universiti awam melibatkan kos berjumlah RM16.8 juta.

“Majlis pelancaran rasmi inisiatif bantuan itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah universiti awam di Lembah Klang sebelum Hari Kebangsaan ini.

“Buat permulaan, kos subsidi tahun ini akan ditanggung Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum permohonan peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dibuat pada tahun berikutnya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, inisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian kredit yang mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.

Loke berkata, beberapa syarat dikenakan termasuk pelajar yang layak mestilah warga Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam tahun ini.

Pelajar yang layak juga mestilah berasal dari Sabah, Sarawak atau Labuan (berdasarkan alamat tetap) dan sedang menuntut di Semenanjung dan begitu juga sebaliknya.

“Syarat lain termasuk pelajar itu mestilah berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Labuan dan juga sebaliknya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI